dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

22 April 2010

Kemungkinan yang mabbe

Aku ader dengar khabar angin...

Ade lagi sekor AMK mau lompat...

Ini AMK sudah lama tidak berfungsi...

Jadi lu orang jangan terkejut ha....!!!



Nama die En Faizal Affendi... Dulu AMK Timbalan Ketua AMK Perak dan juga mantan Mangku ketua AMK Perak.

p/s... nih cuma hearsay... so jangan marah aku kalau tak betui...

P094 - BN peralat JHEOA



Kuala Kubu Baru, 22 April: Sekumpulan orang Asal daripada Pahang yang datang ke Hulu Selangor untuk membantu kempen pilihanraya untuk PKR mengadakan sidang Media untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli kerana mereka telah diperalatkan oleh Barisan Nasional dalam kempen pilihanraya mereka di seluruh perkampungan orang Asal di kawasan Hulu Selangor.

Tidak cukup dengan pihak polis yang sebelum ini telah membina pondok polis hampir di setiap perkampungan orang asal di sini, BN dikatakan telah mempergunakan JHEOA untuk mengadakan program kempen mereka. Disamping pemberian wang dan juga anak benih pokok, mereka juga disajikan dengan konsert rock serta minuman keras kepada orang-orang di perkampungan orang asal semata-mata untuk meraih undi.

Perbuatan mereka ini dilihat, sebagai satu penghinaan kepada golongan orang asal di seluruh Malaysia, dan seolah-olah sedang memperbodohkan orang asal di Hulu Selangor. Tindakan mereka amat dikesali dan mereka akan bertindak dengan kempen yang lebih efektif dalam masa yang terdekat ini.

P094 - Salah guna JHEOA

Sedang berlangsung sidang media oleh kumpulan orang asal yang turut membantu PKR dalam kempen PRK P094 Hulu Selangor.

Berita lanjut menyusul

send using HTC 'cap ayam'

P094 - Undi Pos sudah bermula

Hari ini sudah bermula undi pos bagi PRK P094 Hulu Selangor. Sebanyak 1016 kertas undi dikeluarkan hari ini. Menurut petugas yang berada di lokasi, kertas undi telah ditambah.

Pengundi pos di Hulu Selangor terdiri daripada kakitangan dan petugas SPR, polis dan juga tentera.

Petugas yang mewakili Pakatan Rakyat walaubagaimanapun menyatakan berlaku beberapa siri sabotage dalam sesi undi pos daripada dalaman parti dan juga daripada luar.

send using HTC 'cap ayam'

P094 - Zaid dan Fuziah Lawan SPR



Kuala Kubu Baharu, 21 April : GARA-GARA lebih 50 pengundi dari Kampung Tanjong mengadu bahawa nama mereka tidak terdapat dalam Buku Daftar Pemilih mengakibatkan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengubah nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang terus dibongkarkan.

Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat berkata, SPR seharusnya bersikap lebih adil dalam menguruskan pilihan raya kecil kali ini.

Beliau yang juga Koordinator Pakatan Rakyat berkata, SPR sewajarnya bertindak pantas memindahkan semula para pengundi terbabit ke senarai asal dalam Buku Daftar Pemilih sebelum Hari Pembuangan Undi, Ahad ini.

Gesaan Zaid itu, termasuk membuka banyak kaunter SPR di sekitar Parlimen Hulu Selangor supaya para pengundi boleh membetulkan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh SPR sendiri.

Berita Penuh di sini

Dua Wanita PKR cuba meraih publicity murahan - Mustaffa Kamil



Kuala Kubu Baharu, 21 April : Pengerusi Perhubungan Negeri, Keadilan Perak Sdr. Mustaffa Kamil Ayub hari mengesahkan bahawa kedua-dua ahli Wanita Keadilan Perak yang baru sahaja keluar daripada parti dan menyertai UMNO mempunyai keahlian yang tergantung. Mereka juga tidak lagi menyandang jawatan dalam parti seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka.

Ketua Wanita Keadilan Perak, Pn Hjh. Fatmawaty Yusoff juga mengesahkan tentang status keahlian kedua-dua ahli Wanita Keadilan.