dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 April 2010

P094 - Berita Peluk 3

Nak pelik apernyer... Kalau korang duk kat sini korang akan tahu bertapa peliknya kalau kita menang...

Hahahahaha...

Terima kasih 1Malaysia...

Terima kasih Sahak...

P094 - Maaf salah info

Aku menarik balik balik statement yang Chegubard kene tangkap untuk kali kedua.

Chegubard cuma mengiringi pengadu, namun pengadu tetap juga kene dakw dan kene tangkap.

send using HTC 'cap ayam'

P094 - Berita Peluk 2

Macam yang aku cakap kat sini tadi, aku bukan silap tulih tajuk...

Kira-kira sejam yang lalu, CheguBard yang baru dilepaskan daripada tahanan pihak polis kerana memakai baju bertulis "Siapa bunuh Altantuya" 2 hari yang lepas, ditahan sekali lagi ketika cuba membuat laporan polis untuk dirinya yang diparang di Bukit Sentosa. Kejadian ini amat lah memalukan pihak polis apabila si pengadu ditangkap polis ketika beliau hendak membuat laporan untuk dirinya sendiri...

Dalam kejadian yang lain, Ketua Srikandi Keadilan Rakyat, Saudari Siti Aisyah telah ditumbuk oleh penyokong BN ketika melalui kawasan pengundian di Rasa. Beliau berkata ketika itu tingkap kenderaan yang dinaiki beliau tidak ditutup dengan tak semena-mena seorang penyokong BN telah melayangkan satu das tumbukan tepat mengenai muka beliau. Akibat daripada kekalutan, beliau tidak sempat mengecam muka si penumbuk itu.

Terjadi juga beberapa kejadian pukul pimpinan, seperti Fariz Muda dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.

P094 - Berita Peluk

Bukan salah tajuk. Memang aku tulih lagu nih. Yang peluknye, hari ini seorang pengadu ditahan polis setelah membuat laporan polis yang dirinye dipukul

P094 - Jumlah janji-janji BN

Mafrel hari ini membuat pernyataan bahawa bermula daripada hari pengumuman calon hingga hari mengundi, BN telah berjanji memperuntukan dana sebanyak RM 350 juta kepada pengundi Hulu Selangor. Ini tidak termasuk janji mereka untuk membina kampus UiTM di Serendah.

send using HTC 'cap ayam'

P094 - Aduan Pengundi Hantu



send using HTC 'cap ayam'

P094 - Pertambahan luar jangka

Ada berlaku pertambahan pengundi sebanyak 100 ker 150 pengundi di setaip pusat pengundian.

send using HTC 'cap ayam'

P094 - suasana hari mengundi

Ini di SK Ampang Pecah

send using HTC 'cap ayam'