dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

27 April 2010

P094 - Ulasan takde semangat 001

Semalam sejak balik dari Hulu Selangor, aku mengalami batuk-batuk yang kuat, dan juga demam. Bukan aper, bahana tak cukup tidur dan juga tempat tidur yang berembun...

Sejak sampai di Ampang Pecah, aku cuma dapat tidur di dorm yang kononnya disediakan untuk blogger dalam dua malam sahaja. lepas tu sempat dua malam aku tidur di dalam kelas yang kononnya disediakan untuk blogger tetapi sebenarnya kami nih menumpang ihsan Jawatankuasa Pilihanraya Pusat. Selebihnya aku tidur dalam kereta. At least aku merasa tempat yang selamat. Jauh daripada anasir yang mungkin nak merompak atau bukan la tempat awam.

Sesampai aku di Ampang Pecah, dalam poket aku cuma ada RM2. Mujur di Kem yang disewa oleh Kerajaan Negeri Selangor ini menyediakan makanan. Boleh la aku menumpang makan disini... Dana yang aku pohon melalui ihsan posting Albanjari hanya dapat aku guna dalam perjalanan pulang. Kerana ia cuma cukup-cukup duit tol aku sahaja. Alahai... aku duk rasa macam lagi teruk daripada yang aku kene kat Bagan Pinang dulu. At least kat Hulu Selangor nih makanan aku adalah terjamin walaupun pernah terlepas sebab tugasan diluar... Makan angin jer aku satu malam tu...

Aku bukan nak complain atau apa. Cuma aku terkilan sebab aku tak sangka peristiwa ngeri aku masa kat Bagan Pinang berlaku sekali lagi. Aku tak mampu nak gerak kemana-mana sebab aku memang takde langsung duit minyak. Aku pohon semua tu dalam proposal yang satu orang PKR yang sembang deras dengan aku, kata boleh tolon carikan dana. Siap masa nak aku bagi nama, dia nak pilih mana blogger yang boleh bertugas yang mana cuma nak melancong. Wah kira dah power giler dah nih....

Untuk pengetahuan korang, aku ader offer untuk buat satu macam risalah berita untuk edaran harian macam yang dibuat Bagan Pinang. Masa kat Bagan Pinang geng-geng nih dapat keluarkan risalah tu secara harian. Tetapi sayangnya hanya berlonggong kat Markaz Utama sebab takde sapa yang edarkan dari rumah ke rumah. Tapi lagi teruk banding dengan di Hulu Selangor... Orang PKR yang aku cakap nih kater, itu dah diSUBkan kepada SelangorKini... Aku dah boleh agak dah apa yang berlaku. Dan nak dekat ujung pilihanraya baru ada keluaran. Kalau ada yang sebelum-sebelum tu, adalah risalah saiz A4 tanpa warna... Sedih aku tengok orang PKR nih buat keje... Beb bebudak SelangorKini nih buat keje makan gaji... Kalau kerajaan Negeri bukan Pakatan Rakyat, deme nih masih dapat gaji... Nih bila ada blogger nak offer buat dengan percuma, hangpa cuma keluar duit printing, hangpa berlagak...

Yang ini cuma beberapa perkara yang aku terkilan tengok sepanjang Pilihanraya... ada lagi beberapa mende yang aku nak tulih lagi lepas nih pasai Hulu Selangor. Aku off kejap sebab pala aku dah mula sakit balik...