dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 July 2010

Felda : bangkrup atau tidak?

Busy dan diluar comfort zone buatkan aku kurang menulis walaupun banyak cerita dan isu.

La ni syok baca cerita felda. Memula cerita felda bangkrup kemudian cerita peneroka felda dapat duit raya. MRSM felda pun yang termoden dan tercanggih.

Dengan limpahan duit raya dan mrsm modem maka mereka mendabik dada mengatakan felda bangkrup adalah propaganda sahaja. Malahan ada yang nak buat road tour untuk berceramah tentang felda TIDAK bangkrup. Salute juga sebab mereka mendahulukan rakyat.

Apakah cukup dengan ceramah? Apakah cukup dengan penjelasan? Dalam perniagaan, kuat atau lemah semua boleh dilihat melalui akaun syarikat yang beraudit. Jadi disamping turun padang buat ceramah apakata bawak sekali kunci kira kira felda yang terbaru? Usah le gebang dalam ceramah yang felda ada aset yang kalau dicairkan akan menghasilkan wang tunai sebanyak 10billion. Cerita billion dan million ni aku ngan anaz pun selalu gebang masa lepak minum teh. Kawan aku yang ada tanah pun kata tanah dia kalo jual boleh dapat million rm walhal bila aku tanya lokasi tanah kawan aku tu nun kat ceruk dunia dan belum amik kira tanah pulak jenis gambut dan berasid dan luas baru seekar je. So aku tak nak gebang kosong atau senyum kambing. Bg aku black and white. Then baru le pengundi atas pagar macam aku tahu siapa betul siapa salah. Betul ke ada duit atau takda. Mungkin juga ada injection modal dari tangan tangan ghaib.

Black and white ni bukan setakat untuk mereka yang kata felda TIDAK bangkrup tapi kepada mereka yang kata felda bangkrup. Setakat buat statement kosong baik letak statement fasha sandha tentang cinta jejai kepada dia. At least ada faktanya dan sale ari tu pun naik sikit. INGAT!!! Rakyat bukannya masih bodoh.

So sila tunjuk bukti kepada rakyat. INGAT!!! Rakyat bukan bodoh macam dulu...

wa chow sin