dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

17 July 2010

Denda baru untuk ADUN


Lepas aku tengok dan fahamkan beberapa isu dalam video ini aku mencadangkan supaya diadakah satu denda baru khas untuk ADUN di Negeri Selangor. Barang siapa yang melanggar peraturan dewan sehingga diperintahkan untuk keluar daripada sidang dewan akan dikenakan denda mengikuti kelas pemahaman peraturan sidang dun selama seminggu. Sekiranya beliau gagal melengkapkan denda berkenaan beliau akan didenda melakukan khidmat masyarakat selama sebulan.

BEST TAK...???

Komen Bro Minaq Jinggo... : Saya baru saja menonton video ini. Agak menarik cara Speaker mengawal perjalanan Dewan. Berulang kali dia menperingatkan Shukor akan... peraturan Dewan, tapi si Shukor walaupun memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Selangor nampak kurang bijaksana mengawal imosi dan tidak mendalami Peraturan Dewan. Anda semua tengok lah sendiri video yang sharp and clear ini. Apa iktibar dari kes ini?