dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

21 December 2011

Umno Yeyek = Hassan Ali Yeyek

Amaran keras... Apa yang tertulis dibawah ini hanyalah rekaan semata-mata.
  1. Dia adalah insan pertama yang menelefon kem BN nak ajak bergabung.
  2. Sebenarnye dialah yang terlibat dalam UG, dalam berita dia kate PAS dengan UGnye lah.
  3. Dialah wat tuduhan palsu terhadap Teresa Kok sehingga Teresa Kok kene ISA sbb isu Azan.
  4. Skandal Harakah. Demi menyelamatkan Summer Camp dia daripada tutup sebab bankrap, Harakah terpaksa beli Kem tersebut. Hampir sejumlah RM800,000 terpaksa dibelanja oleh Harakah untuk beli kem tersebut sedangkan harganye baru RM 180,000
  5. Kes serbu Gereja. Sengaja dibuat sedangkan aktiviti tu dah berlangsung lebih berbelas tahun. Membantu Umno untuk percikkan semangat Melayu Islam tak boleh murtad dan bantu percikkan HIMPUN.
  6. Menjadi anak Ali kedua yg suka wat lawak bila duduk dalam PR selepas Ibrahim Ali.
Sekian... Yang Menipu

A.B.U - Asalkan bukan UMNO.

20 December 2011

Umno Yeyek : Saya calon boleh menang

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau adalah seorang “winnable candidate” iaitu calon boleh menang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Menteri Besar Perlis itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Tambun Tulang berkata keyakinannya itu berdasarkan pandangan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya.

“Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis.

“Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja... jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan ‘winnable candidate’, apa makna sebenarnya?” katanya dipetik Bernama Online.


Teman bergulin perin kt Perligh dekat 6 tahun. Mase itu teman nih kiranye kerih tak berape nak keris tapi tetap pro-reformasi. Sepanjang teman disana, ade ler teman jumpa Bro ni dekat 5 ke 6 kali juge. Selalunye berakhirnya dengan BAIKnye... Xperlu la teman cherite apa yang BAIKnye...

Masa PRK Penanti, MSK ade publish satu gambo Bro ni duduk bergebang baaaaiknye dengan adun dan MP Pakatan Rakyat. Takde sape pun peduli dgn hei tu. Sbb dia tak mendatangkan sebarang masalah klu dia menyeberang pun. Gambo tu tersior kt Ureka.Asia. Tapi tak mandang dah...

Pada pandangan mate teman, punye ler ramai Umno yang nak stepdown dari jadi calon. sampei kat Bro ni, selambe je dia ngobak dia Winnable Candidate... Tetapi apa yang teman bleh kabo, Shahidan Kassim mmg Winnable Candidate. Bro ni memang very bold. Dia percaya yang dia boleh menang dan bro ni tak ragu-ragu nk kabo dia mmg power... sebetuinye rhamei orang Perlih suke dgn Bro ni. Dia tak perlu bodek dengan bagi statement sudi mengundur diri walaupun nak sgt jadi calon...

Apa pun kalau Bro ni bertanding kt tempat teman, confirm teman tak pangkah dia... Sebab teman cuma akan pangkah



ASALKAN BUKAN UMNO...

18 December 2011

Umno Yeyek : Panglima Garang yang digeruni

Jika saya seorang mahasiswa yang ada di PWTC smlm, mungkin saya akan takut dengan bidio ni... Macam nak telan orang.

Alahai anak omak Umno...
Tapi bila tengok gambo ni...




Rasa macam tak jadi la nk takut. Rasa macam sedih pun ade. hadoi la... Mujur dia cuma sekolah kat Ipoh. Arman... Ustaz Hambali kirim salam kat anda.

Lagi cerita menarik tentang Panglima Garang ni...




p/s dengar kater dia nk bertanding tahun ni lawan dengan Nurul Izzah...hehehe jenuh la...


Konvensyen Media Sosial Penang 2011

Waaaa.... dah 6 bulan dah. Lama gak tu... Kenapa tak update blog... Saje suka suke. Not the point here...

Alhamdulillah teman selamat sampai daripada Penang selepas keluar dari rumah kui 7.30pg kemarin. Sebetuinye teman ke Penang setelah mendapat jemputan untuk ke Konvensyen Media Sosial Penang 2011. Program yang julung-2 kali aku dijemput setelah teman secara rasminya menjadi blogger ABU - Asalkan Bukan Umno- (istilah lama antiBN). Kereta teman masih dibengkel. Jenuh pikior camne nk ke sane. Mujur la Adun tempat teman YB Chan Ming Kai kebetulan nak ke Penang dan beliau ade presentation untuk Public Hearing PSC (Parliamentary Select Committee) tentang isu SPR. YB ngajak teman pegi untuk ambik Bidionye.Ni la Bidionye... Jenuh adjust sbb kene ngambek daripada Projector Screen.



Ade lagi Bidio akan menyusul.
(kata ganti diri seterusnye adalah mengikut loghat utara)

Jadinye selesai udah presentation tu, kami ke pekena nasi kandaq daun ketapang. Abis tu YB antaq aku pi Sri Sayang Apartment.

Cukup la cerita2 camna aku bleh pi tang ni. Yang penting apa yang aku dapat daripada ikut program ni... Semangat Baru nk berblog. Aku dah lama kurang kat blog sbb duk gaduh ng Umno kat Facebook... Seronok sungguh la layan komen depa yang bangang kt FB ni... tapi hat mane aku bleh pi... La ni tersuntik dengan usaha yg geng-2 jahat generasi baru contohnya Milo Suam.

Walaupun secara keseluruhan program ni berjaya, cuma aku masih tertanya-tanya whats next? Soalan terakhir aku tanye kat Anilletto, aku tanye apa pendapat dia, bagaimana kita ni yang berpulun di cyberspace ni nak sampai maklumat yang kami ada ni ke orang-orang yang masih tidak mendapat capaian internet. di kampung-2. di kawanan ceruk-ceruk tu? depa ni kalau diberi peluang hanya dapat mendapat tahu Umno ni jahat bila ade ceramah Pakatan. Itu pun kalau depa mai tengok. kalau tak, APA PUN TAK BOLEH LA.

Kadang-2 isu yg para blogger ni duk main,kepimpinan PR wat tak tu ja... Aku berharap dengan adanya Konvensyen ini, kepimpinan PR akan ambik tau apa yang blogger duk tulih... Kekadang tu depa ni wat research bagai nak rak, mai kat hangpa ni, duk hentam keromoh je Umno. takdak isi. letih wei...

Aku bercadang, klu susah sgt, yang paling mudah hangpa bleh buat adalah, sediakan internet wifi percuma di Markas2,Pusat Khidmat,Kedai kopi tumpuan kat kampung tu,kat umah ketua luak,ketua kampung.Kalau hangpa tetiba ja mai letak satu modem plug-in kt umah ketua luak, pastu buh signboard internet percuma,gerenti 2 3 minggu lepaih tu, mesti ada yang pi cari beli laptop. paling tidak pi telefon bleh wifi...hangpa ingat orang asli la ni cikai sgt ka? klu nk harap depa mai cari maklumat, mampuih depa tak mau...

Ini cuma apa yang aku rasa... so cukup setakat la ni. Sok-sok aku tulih lagi na...

10 May 2011

"Sugar" itu manis - Part 1


Siapa tak kenal Robert Kuok? Seperti yang ditulis oleh Forbes, bahawa Robert Kuok diletakkan di takhta orang paling kaya di Malaysia dan nombor 61 di dunia. Cuma bagi yang tahu cerita sebenarnya, ada yang lagi kaya daripada Robert Kuok di Malaysia nih, tetapi tak dapat disiarkan oleh Forbes atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. (itu cerita lain)

Kenapa Robert Kuok menjadi terkaya di Malaysia? salah satu sebab utama kekayaan beliau adalah disebabkan oleh beliau adalah Raja Gula Malaysia. Ingat gula, ingat Robert Kuok. Tapi tak ramai yang nak marah dengan beliau bila gula naik...

Sebenarnye untuk pengetahuan semua, Robert Kuok bukan lagi Raja Gula Malaysia. Robert telah menjual pegangan saham beliau terhadap gula Malaysia kepada Felda. Beliau menjual dengan harga RM 1.29 billion termasuk saham bernilai RM 36.36 juta di Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (MSM) kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Felda Holding, lagi 50% atau RM 26.31 juta saham di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd kepada syarikat yang sama. Manakala 49% saham beliau di Grenfell Holdings Sdn Bhd dijual dengan harga RM207.53 kepada Tradewinds (M) Bhd. (Tradewinds dimiliki sepenuhnya oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary)

Peninggalan Robert Kuok didalam industri gula negara dianggap satu misteri. Ada yang berkata Robert mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan beliau di China. Ada yang berkata harga yang ditawarkan kepada beliau adalah berpatutan. Dan ada yang berkata Robert tidak berpuas hati dengan tindakan Tradewinds membeli PadiBeras Nasinal Berhad (BERNAS) kerana dengan pembelian itu, Tradewinds sebenar menambahkan hutang mereka. Apa pun yang pasti, dengan penjualan saham gula Malaysia, Robert Kuok tetap digelar lagenda gula Malaysia. Menurut Forbes, harta Robert telah mencecah kepada RM34.3 bil. Oleh yang demikian, penguasan gula beliau di Malaysia cuma sekadar celah gigi sahaja.

Persoalan kenapa Robert Kuok meninggalkan industri gula negara terus menjadi misteri, namun yang pasti raja baru di Malaysia muncul dengan jayanya. Felda Global Ventures atau FGV menjadi Raja Gula di Malaysia.

Cuma menjadi isu dan tanda tanya akhir ini, sejak pengambil-alihan oleh FGV, dah dekat 3 ke 4 kali harga gula naik. Adakah disebabkan ianya dikawal selia oleh pengurusan separuh kerajaan? Siapa tak tahu scandal dan korupsi di dalam Felda. Dah jenuh kita baca. Dah jenuh kita tengok. Tak cerita yang semiak pasal Felda nih.

Cuba kita lihat senario ini. Saya adalah kerajaan. Saya beri peruntukan kepada Felda untuk menjalankan perniagaan dan pertanian. Felda berusaha dan berjaya. Sekarang Felda menjual kembali hasil perniagaan dan pertanian kepada saya sebagai kerajaan ini dengan harga yang tinggi. Adakah begitu cara Felda berniaga?

Kita sedar dan faham Felda adalah syarikat GLC. Kenapa perlu kita sebagai rakyat terpaksa menanggung beban subsidi yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan sedangkan anak syarikat kerajaan telah menjadi pengeluar barangan tersebut?

bersambung...

Bahan Rujukan

Disini, disini.