dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 May 2011

"Sugar" itu manis - Part 1


Siapa tak kenal Robert Kuok? Seperti yang ditulis oleh Forbes, bahawa Robert Kuok diletakkan di takhta orang paling kaya di Malaysia dan nombor 61 di dunia. Cuma bagi yang tahu cerita sebenarnya, ada yang lagi kaya daripada Robert Kuok di Malaysia nih, tetapi tak dapat disiarkan oleh Forbes atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. (itu cerita lain)

Kenapa Robert Kuok menjadi terkaya di Malaysia? salah satu sebab utama kekayaan beliau adalah disebabkan oleh beliau adalah Raja Gula Malaysia. Ingat gula, ingat Robert Kuok. Tapi tak ramai yang nak marah dengan beliau bila gula naik...

Sebenarnye untuk pengetahuan semua, Robert Kuok bukan lagi Raja Gula Malaysia. Robert telah menjual pegangan saham beliau terhadap gula Malaysia kepada Felda. Beliau menjual dengan harga RM 1.29 billion termasuk saham bernilai RM 36.36 juta di Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (MSM) kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Felda Holding, lagi 50% atau RM 26.31 juta saham di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd kepada syarikat yang sama. Manakala 49% saham beliau di Grenfell Holdings Sdn Bhd dijual dengan harga RM207.53 kepada Tradewinds (M) Bhd. (Tradewinds dimiliki sepenuhnya oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary)

Peninggalan Robert Kuok didalam industri gula negara dianggap satu misteri. Ada yang berkata Robert mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan beliau di China. Ada yang berkata harga yang ditawarkan kepada beliau adalah berpatutan. Dan ada yang berkata Robert tidak berpuas hati dengan tindakan Tradewinds membeli PadiBeras Nasinal Berhad (BERNAS) kerana dengan pembelian itu, Tradewinds sebenar menambahkan hutang mereka. Apa pun yang pasti, dengan penjualan saham gula Malaysia, Robert Kuok tetap digelar lagenda gula Malaysia. Menurut Forbes, harta Robert telah mencecah kepada RM34.3 bil. Oleh yang demikian, penguasan gula beliau di Malaysia cuma sekadar celah gigi sahaja.

Persoalan kenapa Robert Kuok meninggalkan industri gula negara terus menjadi misteri, namun yang pasti raja baru di Malaysia muncul dengan jayanya. Felda Global Ventures atau FGV menjadi Raja Gula di Malaysia.

Cuma menjadi isu dan tanda tanya akhir ini, sejak pengambil-alihan oleh FGV, dah dekat 3 ke 4 kali harga gula naik. Adakah disebabkan ianya dikawal selia oleh pengurusan separuh kerajaan? Siapa tak tahu scandal dan korupsi di dalam Felda. Dah jenuh kita baca. Dah jenuh kita tengok. Tak cerita yang semiak pasal Felda nih.

Cuba kita lihat senario ini. Saya adalah kerajaan. Saya beri peruntukan kepada Felda untuk menjalankan perniagaan dan pertanian. Felda berusaha dan berjaya. Sekarang Felda menjual kembali hasil perniagaan dan pertanian kepada saya sebagai kerajaan ini dengan harga yang tinggi. Adakah begitu cara Felda berniaga?

Kita sedar dan faham Felda adalah syarikat GLC. Kenapa perlu kita sebagai rakyat terpaksa menanggung beban subsidi yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan sedangkan anak syarikat kerajaan telah menjadi pengeluar barangan tersebut?

bersambung...

Bahan Rujukan

Disini, disini.